Tuesday, April 19

Mee rebus "lagenda" haha...

Pas solat maghrib tadi, aku layan "diskaveri cheynel" jap sambil baring-baring kat tilam busuk. Mata lak cam dah nak "kuyu-kuyu ayam" je. Tetiba "mem besar" datang baring sebelah aku. Kalo landing atas bantal tu takpe la. Nie tak...dia landing baik punyer kat atas perut aku yang macam orang mengandung 3 bulan nie sambil jari-jemarinya "menenyeh" button remote astro.

Sekali dia tekan channel masak-memasak daa... Untuk makluman kengkawan semua, isteriku ini memang suka tengok channel bab-bab makanan nie. Maybe dia nak baby kitorang nanti terrer masak cam bebudak dalam rancangan junior's masterchef tu haha...

Kali nie dia tengok chef wan ngajor masak sup ekoq ngan mee rebus. Adoyai...firasat aku mula mengatakan bahawa sesuatu akan berlaku jap lagi. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu. Eh? berapa banyak tunggu daaa... Isteriku mula menunjukkan minat tang mee rebus tu. Memang mantop pon masakan chef wan. Kalo la aku nie jenis oghang yang banyak duwet, mau rasanya aku upah dia masak untuk aku tiap-tiap hari hihi... Du yu no wat heypen neks? Dia pon ajak la aku kuar pie cari mee rebus. Kan aku dah kata, sesuatu akan berlaku huhu...

Nak dijadikan blog, aku punye la malas nak kuar coz mata dah layu semacam je. Lagipon bila malam menjelma, aku memang tak makan sangat. Nak jaga "kecantikan perut" la katakan hehe.. Tetiba BANGGG!!! Pintu bilik dihempas manja gitu. Ropenyer ada oghang menghajuk huhu... So, terpaksa la aku pie pujuk.

Photobucket Sapa tak sayang bini ooiiii?

Time kitorang siap2 nak kuar, yang lanang tanya nak pie mana. Kitorang cakap nak pie cari mee rebus. So, dia pon suggest kat kitorang pie cari mee rebus spesel kat seksyen 24. Dia kata mee rebus tu siap masuk "paper". Kira glamer gak la mee rebus tu. 3 keturunan punyer resipi wooo...

Tengah ponin "jalan-jalan cari pasal" kat seksyen 24,maka jumpa gak la tempat mee rebus tu. Ku sangka mee rebus di malam hari, rupanya murtabak jadi pengganti. Ceh! Rupa-rupanya owner mee rebus tu dah tukar "port"baru kat restoran mamak seksyen 18.

Sampai je kat kedai tu, isteriku yang tengah sarat mengidam pon order la milo ais ngan mee rebus "lagenda" tu. "Teh tarik wune, rojak biasa wune!". Aik? Sapa lak yang order tu? Cittpoorah! Nafsu makan aku yang order rupanya. Kata nak diet huhu...

Tak lama pastu, sampai la mee rebus lagenda tu . Mata isteriku kelihatan bersinar-sinar. Nak je aku nyanyi lagu Cinta Kristal kat dia. "Sinar matamu bagai...api menyambor..." tapi dia tak dengo sebab aku nyanyi dalam hati je hihi... Dihirupnya kuah mee rebus tu dengan penuh adat ke"jowo"an. Baru separuh jalan meratah mee rebus tu, dia tolak pinggan tu kat aku. Dia cakap mee rebus tu "kureng". Pulak? Tadi kata masuk paper? Agaknye mee rebus tu just masuk paper bag je kot? Haha... Tapi memang biasa-biasa je mee rebus tu. Nama je legend tapi rasa so-so jer. So apalagi, isteriku terus masukkan mee rebus lagenda tu dalam senarai makanan-makanan yang tak patut dimakan haha...

Apa nak buat...oghang mengidam nak makan mee rebus. Ikutkan aje la kan? Maybe baby yang kat dalam rahim tu yang mengidam. Cian kat baby. Mee rebus lagenda dah jadi mee rebus"sarkes" haha...

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...