Monday, May 9

Padan Muka! Haha...

Hahaha...lom tulis lagi dah lawak! Tapi 'siyes'...cite nie memang lawak tahap sarkes!

Kesah nie berlaku time aku masih lagi 'in relationship' wif bubu. Lom 'dik keley' lagi time tu. Nak dijadikan lawak, malam tu aku ikut la mak ayah bubu nie pie kenduri malam berinai. Kalo ikutkan malas gak nak pegi tapi disebabkan pepatah "kalo nak teykel anak dia, kena teykel mak ayah dia dulu", aku pon ikutkan je la. Hisshh...sape la yang pepandai wat falsampah nie kan?

Actually, nie terd taim aku pie kenduri kawin waktu malam. Seblom nie just pegi waktu tengahari je. Tapi happening gak la kenduri waktu malam nie. Nak pulak kenduri 'wong jowo'. Kat sini la aku belajar mengenal 'beycek', 'berkat', 'kondangan' dan macam-macam lagi bahasa jowo yang ntahapahapantah tu. Nak tau tak beycek tu apa? Dia lebih kurang macam angpow la yang kita bagi kat tuan ghumah time kita nak balik. Nanti tuan ghumah tu bagi kita 'berkat' yang dalamnya ada isi jajan, bunga telur dan memacam lagi.

Makanan wong jowo nie tak banyak beza ngan oghang melayu. Kira bole masuk la ngan taste aku. Malangnya ari tu aku takde selera nak makan. Aku just minum air je. Tetiba bubu tanya,"Tak nak makan ker?". Nak tau apa aku jawab? "Tak nak la. Nak makan 'koboan' je", jawabku selamba. Haaa...korang yang wong jowo nie mesti dah tergelak sakan nie kan?

Bila dengar je jawapan yang ikhlas lagi 'skema' dari aku tu, terus bubu tergelak. Aku pon naik heran. Oghang sebelah aku pon lagi la naik heran. Pastu boleh pulak semua yang kat meja makan tu dok pakat tengok aku ramai-ramai. Apa? Diyorang ingat aku nie beghuk sarkes ke apa?

Sekali bubu pon berbisik kat tinga aku...
"Tau tak koboan tu apa?"
"Apa dia?"
"Koboan tu air basuh tangan!"
"Ape? Abis tu yang nie oghang panggil apa?"
"Haha...yang tu oghang panggil cemilan"

Adoyai...sekali tersalah tengok kamus la. Aku ingatkan jajan-jajan yang kat atas meja tu 'koboan'. Rupa-rupanya 'cemilan'. Gila ke apa nak makan air basuh tangan? Oghang gila pon lom tentu nak makan koboan. Baru dapat kuar ngan wedok jowo, dah berangan nak cakap jowo. Poyo siot!

Aku tak tau mana letak muka aku yang cute nie time tu. Memang tak berani la nak pandang macik-macik kat sebelah aku tu. Punye la malu tak hengat. Kalo la aku nie leh transform, mau je aku bertukar jadi burung unta. Kasi benam kepala dalam tanah. Malu siot! Haha...

Aku dapat bayangkan ada nasik yang menyembur, air yang terpercik, hingus yang meleleh dan perut boncit yang bergegar-gegar menahan ketawa dek terkejut beghuk dengar setetmen koboan aku tu. Kalo time tu takde orang, mau rasanya macik kat sebelah aku tu wat 'ketawa guling' cam heroin cite hindustan. Kiya karu...kiya karu...

Tapi camne aku leh gatal-gatal molot cakap 'koboan' nie eh? Yang benernye aku nie selalu gak ikut diyorang pie kenduri. So, benda yang selalu aku dengar kat meja makan is 'koboan'. Cemilan nie memang jarang bebeno la aku dengo. Tapi dek kerana nak tunjuk terrer...hambik kau!!

Oghang makan cemilan, ko makan koboan haha...


Friday, May 6

Rodblok La Goblok!!!


Haha...tajuknyer mengingatkan aku kat 'bebudak balas' rajalawak time diyorang wat lawak'rodblok la goblok' tu. Kali nie aku nak sturi pasal rodblok yang penah aku tempuhi. Setat dari aku dapat moto sampai la aku dapat lesen L, aku dah pekena 3 rodblok yang goblok. Pasaipa boleh terkena? Jom kita layan wan bai wan...

Fes taim rodblok yang aku kena, kat bukit uitm menghala ke bulatan seksyen 16 time balik dari men badminton. Aku selalu ikut jalan tu bila balik dari 'eksersais' and tak penah lak terserempak ngan rodblok. Tetiba ari tu boleh lak diyorang wat rodblok. Siot betul! Aku rasa cam nak patah balik je tapi memang takde jalan nak kuar. Nak tak nak, tawakal je la ye? Pak polisi tu pon cek la aku punya lesen ngan rodtek. Rodtek takde problem tapi tang lesen tu yang kantoi. Naik 'blue hyppo' muka aku dibuatnya. Tapi nasib baik... Eh? Alhamdulillah...polis tu lepaskan jer. Maybe diyorang wat rodblok tu pasal ada kes rompakan kot? Tu yang dia tak amik pot tu.

Terlepas hihi...

Seken taim aku kena lak, kat seksyen 17 time pagi raya cina. Elok je pas kuar dari bulatan tu, tetiba kat depan aku nampak rodblok. Cis! Goblok sungguh! Memang tak dan nak wat 'yutern'. Dengan muka tak bersalah, aku pon park la moto jauh skek dari mamat-mamat moto yang kena tahan tu. Sorang polis nie pon datang la kat aku. Hasil pemeriksaannya, aku didapati kantoi bab lesen ngan rodtek. Adoyai! Camna la aku bole lupa lak nak idupkan rodtek. Idupkan moto aku tak lupa lak? Sarkes! Aku pon apalagi, merayu-rayu la bagai nak rak kat abang polis tu dengan pelbagai alasan yang tak ada logika. Sadenli dia tanya aku nak bagi berapa. Aku cakap la aku takde duit. Aku bukak dompet aku sambil tunjukkan satu side duit 25 hengget. Lagi satu side aku sempat cover ngan jari-jemari aku coz dalam tu ada ratus-ratus. Sekali dia mintak semua duit dalam dompet tu. Mak aih? Tamak betul polis nie. Aku pon cakap la aku nak beli barang. Dek kesian tengok muka seposen aku, dia pon amik la 22 hengget. So, semua sekali dia pow aku RM 22.10! Mana datang seposen tu? Kan aku wat muka seposen tadi. Tu la dia hihi... Alhamdulillah, side yang ada ratus-ratus tu aku sempat cover. Kalo tak, mau dia amik 'serat'. Tak ke naya duit kena 'pow' camtu jer?

Terlepas lagi hihi...

Terd taim, aku kena kat seksyen 15 menghala ke bulatan sekysen 15 kat balai bomba tu. Time tu pas maghrib, aku nak pie men badminton. Memang jarang-jarang la ada rodbelok kat situ. Kaddang-kaddang pon lom tentu ada. Sambil menyanyi lagu Cinta Kristal, aku pon bawak la moto sambil lenggok kiri, lenggok kanan. Camne tah aku tak perasan kat depan ada lampu kelip-kelip warna biru. Jalan lurus plak tu. Maybe sebab tak banyak keta yang ditahan, tu yang tak perasan tu. Aku pon wat la 'benda rutin' time kena tahan. Aku berenti jauh skek dari oghang len. Tektik-tektik nak kawtim la nie hehe... Bila abang polis tengok rodtek, aku lulus dengan cemerlangnya sebab dah renew. Tapi bila dia mintak lesen. Aku selamba je bagi lesen keta. Bajet boleh lepas la konon...

"Lesen moto mana?", tanya abang polis tu. "Err...lom amik lagi bang. Moto baru beli seken hen", kataku dengan muka seposen. Sekali dia suruh aku pie kat polis yang tengah dok kat meja. Abang polis tu cakap aku dah buat 2 kesalahan yakni takde lesen moto ngan cover insuran. Mau dekat nam ratus kalo aku kena saman. Aku pon kelentong la yang aku fes taim kena rodblok nie and nak cepat coz ada game badminton. Sekali dia tanya aku nak wat camna. Aku pon wat-wat la kompius nak wat apa. Al-maklum la, baru fes taim kena hihi... Padahal aku tau diyorang nak minta 'duit beli air kopi'. Kang aku offer kang, takut jadi kes rasuah lak. So, dia pon cakap yang dia tak minum lagi. Dia suruh aku pie beli air kotak untuk 7 orang. Fuhh...lega betul aku dengar. Tanpa membuang masa, aku terus pecut skuter aku pie kedai dengan hati yang gumbira. Aku beli la air tin handred plas sebab rasa syukur sangat coz tak kena saman. Aku siap mintak plastik besar lagi kat kedai mamak tu untuk cover air tu. Tentu korang tertanya-tanya kenapa aku tak blah je terus kan? Camna aku nak blah. Lesen keta aku still ada kat diyorang. Kalo tak, dah lama dah aku chaboootttt...

Sampai kat rodblok tu balik, aku selamba derk je bagi plastik tu kat diyorang. Rasa cam best lak lalu kat rodblok tak kena tahan. Time aku bagi plastik tu, abang polis tu siap tanya, "halal eh?". Aku angguk je tanda setuju. Kang aku geleng kang, mau kena tempeleng dibuatnya haha... Pastu dia siap pesan, "Len kali kalo ko lalu sini, ko bawak air je". Cis! Siot betul abang polis nie. Kang aku bawak betul-betul kang baru tau.

Lagi-lagi terlepas haha...

Tapi sampai bila aku kena kawtim cenggini ngan abang polis nie. Bayangkan kalo sebulan 2, 3 kali kena rodblok. Kalo setawun? Tak ker sejuta? Setat dari peristiwa tu, aku nekad nak amik lesen moto. Nak try amik L dulu. So, bila dah ada lesen nanti, dah tak payah nak kawtim-kawtim lagi hihi...

Tuesday, May 3

Nasib Baik? Hmmm...



Teghingat
aku satu peristiwa dedulu yang cukup memberi kesan kat aku. Even time nak tulis blog nie pon still terasa lagi kesannya. Dasat! Dasat! Memang sarkes la wa cakap lu. Kali nie memang kena 'kaw-kaw' punyer la. Kalo kena kat korang pon, mau seminggu korang tak kuar umah gamaknya haha...

Al-kisah...toyyib! Time tu aku ngan bubu tengah beborak pasal 'eksiden tebaboo' kat tapah tawun lepas. Toyyib! Aku pon cakap la, "nasib baik sempat brek". Tetiba ada lak soghe budak kecik datang mencelah. "Pakcu...mana boleh cakap nasib baik. Kita kena cakap alhamdulillah la...", kata budak kecik tu.

Dusshh!!! Kena sebijik aku ngan budak tu. Malu bangat aku! Tergezut pon ada. Memang terdiam la kitorang dibuatnya. Kalo time tu malam, mau dengo soghe cengkerik je haha... Tapi aku memang saspek gila la kat budak kecik nie. Macam tak pecaya lak 'setetmen' tu leh kuar dari mulut dia. Nak tau sapa budak kecik nie? Dia nie la anak kakak ipar aku. Muhammad Daniel Erfan bin Arbain namanya. Sedap kan nama dia? Kecik-kecik lagi dah pandai dakwah. Ada calon jadi 'imam budak' nie hehe...

Actually, memang betul pon cakap dia tu. Sesungguhnya kalimah 'alhamdulillah' tu lebih afdhal disebut daripada 'nasib baik'. Tapi maybe dah jadi 'habitat' kita sejak kecil lagi kot?Asyik la dok nyebut "nasib baik...nasib baik...". Apa lagi nak dikata huhu...

Apapon, kepada sesapa yang dah tau tu, jom la kita sama-sama nyebut 'alhamdulillah' pasnie eh? Tak susah mana pon nak nyebutnyer kan? Bahkan dapat pahala lagi tu. Nak pahala tak? Hihi...


Tuesday, April 26

Rabun punyer pasal daa...


Photobucket

'Wanseponetaim' in de Klang Sentral, telah berlaku satu kesah yang 'trauma gila' kepada diriku yang begitu berharga nie. Nak tau 'pasaipa' boleh jadi trauma cenggini? Nie nak tulis la nie hehe...

Kan ari tu aku ada cite yang aku pie amik lesen L kan? Time rehat tengahari, aku pie la kuar jenjalan cari makan jap. Aku pon try la pusing-pusing kat area Klang Sentral tu cari restoran. Memang 'malang tak berbau makanan', tak banyak lak kedai yang bukak time tu.

Tetiba aku nampak satu restoran nie ala-ala restoran mamak gitu. Mulanya aku was-was gak nak masuk. Tapi bila aku tengok ada 'oghang melayu' tengah makan ngan 'disappot' pulak pembantu kedai tu pon oghang indon, aku pon masuk la dengan selamba derk je. Time masuk tu, terasa semacam je. Cam ada 'mata' sedang memerhatikan gerak-geriku. Saspennye!

"Makan bang? Minum bang?", sapa minah indon tu kat aku. "Bagi teh tarik je. Makan nanti dulu ye?", kata aku. Mataku mula mencari bukti yang ini restoran mamak. Aku pandang keliling 360 darjah. Takde satu pon tanda yang menunjukkan itu restoran mamak."Aahhh...sudah!", hati kemetotku mula gabra dan gubra. Aku tengok ada 'mapley' 3, 4 oghang tengah dok syok bersembang kat satu meja. Aku choba amati lagu yang dipasang. Mak aih! Sekali dia pasang lagu tamil daa...

Aku pon 'cuba try test' cari bukti lain. Haa...mamat melayu tadi! Aku nampak dia tengah dok layan makan nasi campuq. 'Watde...' tak sanggup aku nak abiskan ayat tu coz aku dah tergamam. Mamat melayu yang aku tengok tadi tu rupa-rupanya 'ca ya nun alif'. Cina siot! Siap ada tindek lagi kat telinga dia. Tadi aku tengok memang takde tindik. Sekali dia pakai tindik kat tinga satu lagi rupanya. Ceh! Nie la padahnya tak nak pakai cermin mata. Kan dah kena! Huhu...

Kompom la aku dah termasuk salah restoran. Sib baik aku just oder teh tarik je. Kalo aku oder benda len? Tak sanggup aku nak bayangkan. Tu pon ndak tak ndak je aku minum. Ibarat 'berat mata memandang, berat lagi tekak nak menelannya' huhu... Bubu pon dah banyak kali pesan kat aku suruh pakai cermin mata tapi aku tak nak. Terasa macam 'skema' je bila pakai cermin mata nie hihi...

Korang nak tau tak apa nama restoran tu? Nama dia 'Restoran Sugu'. Nama restoran pon dah len macam, kompom la bukan restoran mamak kan? Tapi dek 'ketajaman' mata nie, aku masuk gak la walaupon ada prasangka buruk pada nama restoran tu.

So, moralnya kat sini...kalo dah rabun tu, wat la cara rabun. Ye tak? haha...

Monday, April 25

Baru nak amik lesen L ker? Sarkes...


Hai tawan-tawan...rasa cam dah lama gila aku tak merepek dalam blog nie. Apeketidaknyer...seblom nie aku ada "berukben" tapi slow gila macam siput. Aku rasa siput pon tak slow camtu haha... So, aku pon setop la dia. Wat saket ati je dok nunggu dia loading. Patutnya "berukben" tu kena la laju cam beruk panjat pokok kelapa. Baru la layak menatang tu dipanggil "berukben". Betul tak? Haha...

Okay la, einaf wif de berukben tings. Ari nie, aku nak cite pasal lesen. Lesen apa eh? Lesen keta aku dah ada. Lesen kawin dah amik. Cume lom dapat lesen kawin P je lagi. Dengo cite, kalo dapat lesen P nie, korang leh kawin sampai empat. Ye ke? Ke ye? Ntah la... Kompom balik nie aku kena chubet-chubet ngan bubu haha...

Lesen yang aku lom ada is lesen moto. Ari tu memang "dalam sejarah" la aku pie amik lesen muto. Tapi amik L je dulu. Apa yang menyebabkan aku insaf nie sampai nak amik lesen? For yor infomaysyen, sepanjang aku berkecimpung dalam dunia permotoran tanpa lesen nie, baru 3 kali je aku kena roadblock. Tapi alhamdulillah...semuanya terlepas dari kena saman. Just bagi duit kopi je. Oppss...tercakap sudah. Tapi bab-bab roadblock nie, aku "sturi" len kali je la eh? Nak kasi saspen skek hehe...

Aku setat bawak moto secara serius nie dalam pertengahan tawun 2007. Time tu aku baru je beli moto "seken hen" kat dalam website mudah. Aku angkat skuter modenas, elit sport 150. Ntah apa la yang best sangat tang moto tu. Maybe sebab rangka dia besar cam mini superbike kot? Maka, bermula la karier aku sebagai pemandu moto yang tak berlesen. Bayangkan dalam masa 3 tawun nie, aku just terserempak ngan "rodblok goblok" nie 3 kali je. Lagipon aku bawak moto nie just nak pie keje ngan men badminton je. So, wat apa aku nak amik lesen moto kan? Pergh!!! Berlagak sungguh tuan empunya moto tu kan? Haha...

Photobucket Jom sambung cerita mengarut! Time masuk kelas memandu tu, aku rasa cam aku sorang je yang "terlebih muda". Muka je nampak legend tapi hati masih muda remaja gitu hihi... Yang len tu masih bebudak setawun jajung lagi. Kiranya aku nie otai la kat situ. Ada gak la 2, 3 orang yang sebaya ngan aku. Kelas dia memang syok tak hengat la. Ada yang baru sebulan beli moto, terus amik lesen. Ada plak tu, dah 15 tawun bawak moto tapi lom amik lesen lagi. Termasuk la aku nie. Apa la nak jadi ngan diyorang nie kan? Kalo eksiden tu, sia-sia je mati katak. Katak pon tak mati eksiden camtu kan? Na'uzubillahi min zalik! Huhu..

Pagi amik kelas teori moto, petang lak sambung kelas amali moto. Rupa-rupanya skang nie kalo amik lesen L kena gak amali bawak moto. Sib baik kat situ memang tempat test moto JPJ. So, kitorang pon dibahagikan kepada 2 grup. Selaku otai, kompom la aku amik grup yang last ye tak? Cekgu tu pon ajor la test-test yang perlu dibuat time peksa JPJ tu nanti. Mula-mula kena bawak moto atas titi. Kalo kantoi test yang nie, test yang lelain tu jangan harap la nak amik. Yang kelakonya, time cekgu tu bawak moto atas titi, dia leh lak cakap, "haa...jaga-jaga cik salmah. Jaga-jaga...". Terus teringat babak time sarip dol, si samseng kampung dusun tu nak ngorat cik salmah. Nak malatop perut dibuatnya! Haha...

Aku tergelak bila tengok ada "jujai" yang bawak moto atas titi tu boleh jatuh. Bukan jatuh bedebub! Moto je terkuar dari titi. Pada aku, benda "kacang" macam tu pon leh kantoi ker. Buat malu kaum Adam je. Kalo pompuan jatuh tu stended la. Lagipon mereka kan insan yang lemah. Punya la sombong, riyak dan takabburnya aku time tu. Sekali sampai la turn aku bawak moto atas titi tu. Time memula meniti tu, aku dah rasa tak sedap ati. Moto terasa ringan gila. Belen punya belen, sekali jatuh! Arghhh...malu siot! Aku memang tak pandang dah bebudak len yang dok usha kat tepi titi tu. Terus pie wat test len haha.. Masuk kali kedua, aku berjaya membelenkan moto tapi lagi 3 kaki nak sampai ujung titi, aku kantoi lagi. Mana aku nak letak muka aku nie. Rasa cam nak pakai helmet fulfes je. Tu la, len kali jangan dok wat peleceh kat oghang. Kan dah kena huhu...

Abis je kelas, terus aku pie beli stiker L. Semangat la kunun haha...

Akhirnya, lesen L di dalam genggaman. Punye la seronot time tu. Cuma yang tak seronot tu bila kena tampal stiker L kat moto. Moto gempak, helmet semi-fulfes tapi tampal stiker L. Kelako kan? Tapi takde hal la. Yang penting skang aku dah jadi pemandu moto yang berlesen. Time bawak moto pie men badminton ari tu, aku saje je lalu jalan yang memang glamer ngan roadblock. Saje nak test power. Tapi takde la pulak. So, pasnie aku nak amik lesen P pulak. Tapi kena expert dulu bawak moto atas titi. Takpe, memula nie aku just prektis bawak moto kat atas jambatan je dulu. Dah terrer nanti, baru la bawak moto kat titi pulak kan? "Haa...jaga-jaga bubu. Jaga-jaga...". Hihi...

Tuesday, April 19

Mee rebus "lagenda" haha...

Pas solat maghrib tadi, aku layan "diskaveri cheynel" jap sambil baring-baring kat tilam busuk. Mata lak cam dah nak "kuyu-kuyu ayam" je. Tetiba "mem besar" datang baring sebelah aku. Kalo landing atas bantal tu takpe la. Nie tak...dia landing baik punyer kat atas perut aku yang macam orang mengandung 3 bulan nie sambil jari-jemarinya "menenyeh" button remote astro.

Sekali dia tekan channel masak-memasak daa... Untuk makluman kengkawan semua, isteriku ini memang suka tengok channel bab-bab makanan nie. Maybe dia nak baby kitorang nanti terrer masak cam bebudak dalam rancangan junior's masterchef tu haha...

Kali nie dia tengok chef wan ngajor masak sup ekoq ngan mee rebus. Adoyai...firasat aku mula mengatakan bahawa sesuatu akan berlaku jap lagi. Tunggu punyer tunggu punyer tunggu. Eh? berapa banyak tunggu daaa... Isteriku mula menunjukkan minat tang mee rebus tu. Memang mantop pon masakan chef wan. Kalo la aku nie jenis oghang yang banyak duwet, mau rasanya aku upah dia masak untuk aku tiap-tiap hari hihi... Du yu no wat heypen neks? Dia pon ajak la aku kuar pie cari mee rebus. Kan aku dah kata, sesuatu akan berlaku huhu...

Nak dijadikan blog, aku punye la malas nak kuar coz mata dah layu semacam je. Lagipon bila malam menjelma, aku memang tak makan sangat. Nak jaga "kecantikan perut" la katakan hehe.. Tetiba BANGGG!!! Pintu bilik dihempas manja gitu. Ropenyer ada oghang menghajuk huhu... So, terpaksa la aku pie pujuk.

Photobucket Sapa tak sayang bini ooiiii?

Time kitorang siap2 nak kuar, yang lanang tanya nak pie mana. Kitorang cakap nak pie cari mee rebus. So, dia pon suggest kat kitorang pie cari mee rebus spesel kat seksyen 24. Dia kata mee rebus tu siap masuk "paper". Kira glamer gak la mee rebus tu. 3 keturunan punyer resipi wooo...

Tengah ponin "jalan-jalan cari pasal" kat seksyen 24,maka jumpa gak la tempat mee rebus tu. Ku sangka mee rebus di malam hari, rupanya murtabak jadi pengganti. Ceh! Rupa-rupanya owner mee rebus tu dah tukar "port"baru kat restoran mamak seksyen 18.

Sampai je kat kedai tu, isteriku yang tengah sarat mengidam pon order la milo ais ngan mee rebus "lagenda" tu. "Teh tarik wune, rojak biasa wune!". Aik? Sapa lak yang order tu? Cittpoorah! Nafsu makan aku yang order rupanya. Kata nak diet huhu...

Tak lama pastu, sampai la mee rebus lagenda tu . Mata isteriku kelihatan bersinar-sinar. Nak je aku nyanyi lagu Cinta Kristal kat dia. "Sinar matamu bagai...api menyambor..." tapi dia tak dengo sebab aku nyanyi dalam hati je hihi... Dihirupnya kuah mee rebus tu dengan penuh adat ke"jowo"an. Baru separuh jalan meratah mee rebus tu, dia tolak pinggan tu kat aku. Dia cakap mee rebus tu "kureng". Pulak? Tadi kata masuk paper? Agaknye mee rebus tu just masuk paper bag je kot? Haha... Tapi memang biasa-biasa je mee rebus tu. Nama je legend tapi rasa so-so jer. So apalagi, isteriku terus masukkan mee rebus lagenda tu dalam senarai makanan-makanan yang tak patut dimakan haha...

Apa nak buat...oghang mengidam nak makan mee rebus. Ikutkan aje la kan? Maybe baby yang kat dalam rahim tu yang mengidam. Cian kat baby. Mee rebus lagenda dah jadi mee rebus"sarkes" haha...

Sunday, April 17

Hehehe...helikopter!!!


Yeehaa...ari nie memang ari best buat aku coz aku dapat naik helikopter hehe... Camne aku leh naik "heli" eh? VIP sangat ker aku nie? Al-kisahnya, yang lanang a.k.a bapak mertuaku tanya, "nak naik helikopter tak? bayar seploh hengget jer". Aku pon apalagi, teghuje punya pasal, terus pecut burung kenari ke dataran kemerdekaan shah alam.

Sampai kat sana...perghhh!!! Ada karnival ropenyer. Shapadu punye event. Siap ada dirt bike, kete 4x4 dan macam-macam lagi benda-benda ekstrem. Tapi itu semua aku tak amik pot. Tumpuan aku skang tertumpu kat heli yang tengah landing baik punyer kat padang dataran tu hehe...

Sampai kat bawah pohon beringin tempat orang beghatuq nak naik heli, nampak la yang lanang. Dia tanya urusetia tu bape rege nak naik heli nie. Mak aih? ropenye lime ploh hengget sorang. Tapi atas dasar donation, yang lanang terus kuarkan seghatuih hengget untuk beli tiket. Hihi...alhamdulillah yang lanang belanja aku naik "takikupta". Lama gak la kitorang "mengangkung" kat bawah pokok tu tunggu turn. Memula dia terbang dalam 10 minit, pastu makin kurang minit dia. Lebih kurang 5 minit je. Maybe orang ramai kot?

Akhirnya, sampai la giliran kitorang untuk dibawa terbang. Malangnya niat aku nak dok depan berkecai coz mamat yang sebelum nie tak dapat naik heli coz "terlebih muatan" terus dok kat kokpit. Wahajaq betul! Takpe...takpe...sampai kat atas nanti aku campak ko ke bawah haha... Seram siot bila heli tu mula nak "pick-up momentum" untuk terbang. Naik berderau darah jantan aku nie dibuatnya. Auuwwww....

Sebelum nak naik heli, siap pasang lagi niat nak baca doa naik kenderaan. Tapi, bila dah naik je heli terus lupa daratan. Al-maklum la...dah di awang-awangan haha... Syok campur seram woo bila heli tu wat "teghebang baring". Rasa cam naik roller-coaster la pulak haha... Kamera aku terus merakamkan detik-detik bersejarah nie. Nak dijadikan sarkes, memory card boleh lak full tatkala baru seminit aku terbang. Sekali malang tak berbau datang daa...

Apapon, tengkiyu to yang lanang. Kalo tak, tak merasa la aku naik heli. Nak merasa naik kapal terbang jauh sekali la sebab kena bayo dulu utang "pitipiti...en" hehe...

Saturday, April 16

Uweekkk!! Uweekkk!!

7 minggu sudaa....alhamdulillah, semuanya berjalan ngan lancar till now. Walaupon ai kerap gak "lawyer-lawyer" tapi selera makan still wujud. makan tetap makan hehe... Tapi yang tak bestnyer bab-bab loya nie, dia datang tak kira waktu. Kejap pagi, kejap petang. Kekadang tu time malam pon ada gak huhu...

Peliknya...sepanjang ai pregnant nie, takde la pulak ai mengidam apa-apa. Cume ai pantang tengok orang makan. Kompom pastu ai akan mintak bee belikan apa yang orang tu makan. Just nak rase jer hihi...

So, you all rasa ai nie mengidam ke? Ke mengidam? Haha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...