Monday, May 9

Padan Muka! Haha...

Hahaha...lom tulis lagi dah lawak! Tapi 'siyes'...cite nie memang lawak tahap sarkes!

Kesah nie berlaku time aku masih lagi 'in relationship' wif bubu. Lom 'dik keley' lagi time tu. Nak dijadikan lawak, malam tu aku ikut la mak ayah bubu nie pie kenduri malam berinai. Kalo ikutkan malas gak nak pegi tapi disebabkan pepatah "kalo nak teykel anak dia, kena teykel mak ayah dia dulu", aku pon ikutkan je la. Hisshh...sape la yang pepandai wat falsampah nie kan?

Actually, nie terd taim aku pie kenduri kawin waktu malam. Seblom nie just pegi waktu tengahari je. Tapi happening gak la kenduri waktu malam nie. Nak pulak kenduri 'wong jowo'. Kat sini la aku belajar mengenal 'beycek', 'berkat', 'kondangan' dan macam-macam lagi bahasa jowo yang ntahapahapantah tu. Nak tau tak beycek tu apa? Dia lebih kurang macam angpow la yang kita bagi kat tuan ghumah time kita nak balik. Nanti tuan ghumah tu bagi kita 'berkat' yang dalamnya ada isi jajan, bunga telur dan memacam lagi.

Makanan wong jowo nie tak banyak beza ngan oghang melayu. Kira bole masuk la ngan taste aku. Malangnya ari tu aku takde selera nak makan. Aku just minum air je. Tetiba bubu tanya,"Tak nak makan ker?". Nak tau apa aku jawab? "Tak nak la. Nak makan 'koboan' je", jawabku selamba. Haaa...korang yang wong jowo nie mesti dah tergelak sakan nie kan?

Bila dengar je jawapan yang ikhlas lagi 'skema' dari aku tu, terus bubu tergelak. Aku pon naik heran. Oghang sebelah aku pon lagi la naik heran. Pastu boleh pulak semua yang kat meja makan tu dok pakat tengok aku ramai-ramai. Apa? Diyorang ingat aku nie beghuk sarkes ke apa?

Sekali bubu pon berbisik kat tinga aku...
"Tau tak koboan tu apa?"
"Apa dia?"
"Koboan tu air basuh tangan!"
"Ape? Abis tu yang nie oghang panggil apa?"
"Haha...yang tu oghang panggil cemilan"

Adoyai...sekali tersalah tengok kamus la. Aku ingatkan jajan-jajan yang kat atas meja tu 'koboan'. Rupa-rupanya 'cemilan'. Gila ke apa nak makan air basuh tangan? Oghang gila pon lom tentu nak makan koboan. Baru dapat kuar ngan wedok jowo, dah berangan nak cakap jowo. Poyo siot!

Aku tak tau mana letak muka aku yang cute nie time tu. Memang tak berani la nak pandang macik-macik kat sebelah aku tu. Punye la malu tak hengat. Kalo la aku nie leh transform, mau je aku bertukar jadi burung unta. Kasi benam kepala dalam tanah. Malu siot! Haha...

Aku dapat bayangkan ada nasik yang menyembur, air yang terpercik, hingus yang meleleh dan perut boncit yang bergegar-gegar menahan ketawa dek terkejut beghuk dengar setetmen koboan aku tu. Kalo time tu takde orang, mau rasanya macik kat sebelah aku tu wat 'ketawa guling' cam heroin cite hindustan. Kiya karu...kiya karu...

Tapi camne aku leh gatal-gatal molot cakap 'koboan' nie eh? Yang benernye aku nie selalu gak ikut diyorang pie kenduri. So, benda yang selalu aku dengar kat meja makan is 'koboan'. Cemilan nie memang jarang bebeno la aku dengo. Tapi dek kerana nak tunjuk terrer...hambik kau!!

Oghang makan cemilan, ko makan koboan haha...


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...